Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara

Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara (Perancis: Déclaration des droits de l'homme et du citoyen), yang diluluskan oleh Dewan Perlembagaan Negara Perancis pada bulan Ogos 26 1789, merupakan dokumen penting dalam Revolusi Perancis dan dalam sejarah manusia dan hak asasi manusia secara keseluruhanya. Pengisytiharan itu secara langsung dipengaruhi oleh ahli-ahli falsafah Zaman Pencerahan terutamanya Thomas Jefferson yang bekerjasama dengan Jeneral Lafayette. Dokumen ini dipengaruhi juga oleh doktrin "hak semula jadi", hak-hak manusia dipegang untuk menjadi universal: berlaku pada setiap masa dan di setiap tempat, yang berkaitan dengan sifat manusia itu sendiri. Ia menjadi asas bagi sebuah negara individu bebas yang dilindungi oleh undang-undang. Ia termasuk dalam permulaan perlembagaan pemerintahan Republik Perancis Keempat (1946), Kelima (1958) dan semasa. Deklarasi ini merupakan adalah pernyataan teras mengenai nilai-nilai Revolusi Perancis dan mempunyai kesan besar kepada pembangunan kebebasan dan demokrasi di Eropah dan di seluruh dunia.Pengisytiharan ini selain Magna Carta, Rang Undang-Undang Hak Inggeris, dan Rang Undang-undang Hak Amerika Syarikat, menjadi ilham sebahagian besar kandungan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948.